Sunday 20 November 2011

1.0 TAJUK
Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan Manipulasi Alatan.

2.0 PENGENALAN
Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama
iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan
Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada
tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan
Kemahiran Memanipulasikan Alatan.Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat
dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turundan pusing-putar.

2.1 Lokomotor
Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor
Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu
lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.
Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-
1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki )
4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )
5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki
berselang seli )
Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :
1. Skip
2. Galop
3. Melongsor
2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor
Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau
setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti
buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa
menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-
1. Meregang
2. Memusing
3. Membongkok
4. Menghayun
5. Menolak
6. Menarik
7. Mengilas
8. Bangkit
9. Rebah
10.Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya
Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan
merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya,
pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan di
atas :-
1. Merangkak = membongkok + berjalan
2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih
langkah berjalan atau berlari
3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong
4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan
2.3 Kemahiran Manipulatif
Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid
sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi
murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal
dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.
Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola
besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.
Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa
manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-
i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak,
memukul, mengumpan dan merejam
ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul
Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid
sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih
bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran
asas sukan.

No comments:

Post a Comment